Picture Source:
ishelltellu.tumblr.com
Jam tepat 7.00 pagi
Terkebil-kebil mata Arai. Dia fikir ini semua hanya berlaku
dalam drama-drama di televisyen sahaja. Ternyata dia salah, semua itu hal itu
nyata benar. Hampir seluruh nyawanya bagai teragut dek kerana perempuan itu. Perempuan
yang dia rapikan sia-sia 5 tahun.
Iya, lelah menunggang scooter cabuknya selama 3jam dari Kota
Kuala Lumpur ke Bandar Bersejarah masih tidak boleh tanding lelah hatinya
menerima berita tentang perempuan rapinya.
Jam 3.30 pagi
Sunyi. Yang kedengaran hanya bunyi-bunyi yang tiada pada
siang hari. Along, angah, ateh dan mak pun ada. Semuanya sunyi. Arai yang baru
sampai terus menunggu macam buah tidak gugur. Apa terjadi? Hati gelisah. Bagai
dikocak-kocak.
“Along, apa jadi?” Arai bersuara
“Hmmmm…. Sebenarnya” Angah pula yang membalas tapi terhenti
Along menahan dia dari terus bersuara. Ateh pula kekal diam seperti tugu membeku kaku
“Arai, sini mak nak cakap sikit” Mak menarik Arai keluar.
Arai akur, 3jam atas motor masih tidak henti gelisahnya. Masih tidak diberi
jawapan pasti. Dia hanya risau pada perempuan rapinya.
“Kerja macam mana? Ok?” Mak mula bicaranya
“Kerja okay, apa jadi sebenarnya ni?”
“Arai, mak nak Arai sabar ya…”
Arai makin gelisah.
Bukan madah melayu pujangga yang dia mahu. Dia mahu tahu hal
yang sebenar, hal yang membawa dia ke Bandar bersejarah ini, pagi-pagi buta.
“ Nina kena tangkap basah!” Nahhh… Along terus beri. Padu
Padat dan tepat.
Arai diam. Terdiam sebenarnya.
Apa semua ni? Bingung. Rasanya seperti baru dilanggar lori.
Oh tidak lebih padu dari itu. Hatinya dan kepalanya di hempap sekaligus.
“Sabar Arai.”
“Tak apalah, nanti Arai call, Mak jom balik.” Arai mahu
menghantar mak nya pulang. Entah dari jam berapa mak ada dirumah along.
Dan sedari berita menghempap hatinya tadi hingga jam 7 ini,
Arai hanya bertapa seperti si bodoh di kedai mamak. Segelas teh tarik masih
tidak habis. Entah ketenangan apa yang dia dapat di kedai mamak dia sendiri
tidak tahu. Dia habiskan hampir seluruh waktu hanya termenung. Tidak pula
ditanya kenapa perempuan rapinya buat begitu.
Yang ada dalam fikirannya hanya. ‘apa semua ini?’
Telefon berdering. Tersentak Arai dari termenung entah sudah
berapa jauh mungkin sudah ke China.
“Angah nak jamin Nina, Dia ada kat Jabatan Agama sekarang
ni….”
“Okay angah tunggu, kejap lagi Arai sampai .”
Arai tahu keluarga Nina bukanlah orang senang, mana nak
dicari hampir 3 ribu untuk menjamin Nina. Arai gagahkan diri. Dihabiskan baki
teh tariknya tadi. Kelat teh tarik ni, sekelat perasaannya sekarang.
Arai pandu kereta ke jabatan agama. Along, ateh, mak Cuma
diam. Angah tidak dapat ikut sekali, tidak dapat dikawal barannya nanti. Habis
Nina dan keparat itu dipukul nanti. Jadi angah hanya tunggu dirumah.
“Astagfirullahalazim!!!”
pegawai Jabatan agama sedikit keluh
Arai senyum tapi sinis, apa yang nak dihairan orang
berkahwin pun ada yang curang. Inikan pula dia dan perempuan rapinya. Yang
hanya baru hantar cincin risik dan bakal bertunang tidak lama lagi tapi tidak
kesampaian. Cuma Allah lebih tahu jodoh
mereka sampai ke mana.
“Saya akan jamin dia, tapi budak lelaki tu tidak.”
Nina di panggil keluar oleh pegawai lain. Nina menangis.
Teresak-esak. Arai tidak dapat baca apa yang difikir gadis itu.
Nina. Nina Karmila, secantik nama, secantik sepasang
matanya. Aduh, kalaulah dia tahu hati
aku seluruh ranap dirampas sikapnya.
Perjalanan pulang yang hambar .
“Abang jangan la buat ayang macam ni” Nina memegang tangan
Arai, tapi Arai menarik perlahan. Rasanya lebih lembut stering kereta dari
tangan kau Nina. Ikut hati sudah aku bunuh kau. Sial.
“Lapar tak? Kalau lapar kita singgah makan dulu” Arai
mempelawa semua yang hanya diam dalam kereta.
“Baliklah” Along membalas
Nina dan adik beradiknya dihantar pulang. Mak dihantar pulang
kerumah. Arai terus keluar. Tidak mak Tanya mana hala tujunya, mungkin orang
tua itu faham sekali, dia sedang mengusung jauh hati robeknya. Di dail no. telefon Sham. Yang ada dalam
otaknya sekarang hanya mabuk.
Arai mengahabiskan sisa malamnya mabuk. Itu sahaja yang dia
tahu saat itu. Entah kenapa diikut hati amarahnya. Panggilan dari Nina dibiar
sunyi. Entah berapa juta kali perempuan itu miss called. Dia tidak mahu ambil
tahu.
Perempuan pertama yang mengambil terunanya. Entah dia lelaki
keberapa. Sesal tidak mendengar kata
kawannya dulu tentang Nina. Perempuan gila batang. Perempuan suka berpeleseran.
Yang dia tahu selagi dia tidak lihat dengan matanya sendiri dia tidak mahu
ambil peduli. Nina terlalu indah baginya. Lagi-lagi sepasang matanya. Tidak langsung dia hirau, tentang rosaknya
Nina.
Dan sekarang, Nina ditangkap berkhalwat di hotel murah
tempat dia pernah bersama Nina dulu. Tidakkah Nina fikir berapa banyak waktu
sudah terbuang. Tidakkah Nina lihat selambak sayang yang dia bagi. Tidak kah Nina
hargai, dia pekakkan telinga dia tadah semua. Hanya untuk Nina.
Sudah puas menonggang Dia pulang kerumah dan tidur. Seperti
mayat bernyawa selama 3 hari.
Hari ke empat.
Arai bangun.
Mandi.
Bersiap untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Dan tinggalkan Bandar
yang memang bersejarah untuknya ini.
Arai salam maknya, “Mak, Arai ikut mak, kalau mak masih mahu
bermenantukan Nina, Arai ikut kan saja. Doakan Arai mak.”
Dahi mak dicium.
“Sabar ya sayang, tuhan lebih tahu” mak usap rambut Arai.
Pada Arai mak orang paling faham dia waktu itu, tiada banyak
persoalan. Tiada kata putus yang mak
minta dari Arai. Mak hanya diam dan Arai tahu mak lapis doa untuknya sebagai
pendinding.
Berat kaki Arai melangkah pulang ke Kuala Lumpur membawa
hatinya hancur.
Dia habiskan duit yang dikumpul selama dia berkerja. Masa di
asak tulang 4 keratnya hanya untuk berkahwin dengan Nina. Dihabiskan hanya 2
hari. Mabuk. Arghhh itu saja yang boleh buat jiwa matinya melayang dari sebak
memikir perempuan rapinya.
2minggu tidak pergi kerja.
Dan hari ni Arai terdiam. Sedang mabuk dan hampir bunuh
diri. Dia diseberang beranda dan mahu terjun. Kecoh kondominium kawasan shamelin ada orang hendak bunuh diri.
Sudah puas dipujuk. Jangan bunuh diri. Jangan bunuh diri.
Akal Arai hanya fikir. Dia mahu melayang dan terus mati.
Dari terus memikir tentang hatinya. Kisah perihnya dia menanggung.
Dan sekarang mudah. Dia hanya mahu melayang terbang dan
mati. Semudah itu. Persetan dengan masalah mendatang dia hanya mahu lari.
Kalau 4 tahun dulu, kisahnya parah. Ini kisah meragut jiwa
yang buat aku menahan esak dikeramaian. Semoga Arai lebih bahagia nanti. Arai
jauh lebih lelaki kini. Nasib tidak dilayang tubuhnya dulu. Mungkin aku hanya
akan kenal dia dari media-media tentang seorang lelaki mabuk terjun dari
Kondominium hanya kerana kecewa tentang cinta.
Kini kisah Arai tidak
jauh diduga, semoga dia dengan bidadari kecilnya bertahan sehingga jannahMu
tuhan. Perempuan rapi aku anggarkan sudah disimpan rapi kisahnya. Mungkin juga
masa Arai cuba melayang kan tubuhnya di beranda kondominium shamelin dulu yang melayang
mungkin bukan tubuh nya tapi jiwa matinya, yang sekarang disambut bidadari
kecil yang buat Arai jatuh cinta semula.
(1087 patah
perkataan)